Total Pageviews

Tuesday, August 6, 2013

Hanya Sekadar Perkongsian

Hanya Sekadar Perkongsian didalam menjalankan tugas dan amanah bagi mendapatkan keberkatan.

Perjuangan Tiada Akhirnya


"Melentur Buluh dari Rebungnya" ..... Ramai yang meletakkan pepatah melayu tersebut bagi didikan seawal kanak-kanak harus diusahakan dan dijalankan. Tapi yang pasti perjuangan untuk mendidik bukan sahaja seawal kanak-kanak atau zaman persekolahan. Sebilangan kita masih tidak sedar, perancangan dan aturan itu sendiri sudah ditetapkan. 

Seawal kita di dalam perut ibu kita, saat itu juga kita sudah dilenturkan dengan didikan. Dengan ayat-ayat suci Al-Quran, kata-kata menaikkan semangat, tiupan kerohanian telah di jalankan oleh tanggungjawab kedua ibubapa kita. Cahaya yang kita sedari semasa peniupan roh dan juga bernafasnya jantung itu, saat itu kita disantapkan dengan laungan kalimah 'Azan' oleh insan yang dipanggil Ayah.

Saat itu sebenarnya bukan kita dilenturkan buluh dari rebungnya, namun ditanam benih dan disemai segala ilmu dan kasih sayang. Percayalah dan muhasabalah kita, bahawa... perjuangan kita tiada akhirnya.

Wassalam

Indahnya Kesabaran

  • "Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"
Petikan tersebut diambil daripada 'Laman Nurani' yang memaparkan keindahan mutiara kata. Pencetus ilham bagi membangkitkan semangat juang di dalam mengejar erti kehidupan dan bekalan dunia dan akhirat. Allah S.W.T memberi dugaan dan cabaran atas kemampuan hambanya, in sha Allah.. segala perkara dipermudahkan untuk urusan. 

Walaupun daun itu berguguran, walaupun ranting itu redup, walaupun akar itu rapuh... segalanya adalah ketentuan dan cabaran daripada-NYA. Istiqamah adalah santapan diri, Kesabaran menjadi pelindung abadi... tiada kata melainkan keredhaan atas usaha dan perancangan yang diberi... Amin.